Sunday, December 30, 2012

BeTaPA eNgkAu BeGiTu bRhrGA....

Petang yang amat suram pada dri aku ini. Aq terkjut dengan kepulangan imra hafizun ke Kota Tinggi. Sememang nya dia suka memberikn aq kejutan sebegitu setiap kali hendak berjumpa dengan aq..Dalam erti kata lain seorang sahabat yg begitu merindui sahabat nya. Aq senang melihat keadaan im yang begitu gembira melayani karenah makan dn juga mnum even ianya satu hari..Imra hanya sempat menghabiskn msa dengn aq sehari sahaja..hurmmmm sedieyyy nyer..blik hnya utk smentara sjer..tuh larhh emy gatal sgt nk sruh dia balik..kan dh dia blik betul2..hukhukhukhuk.hahhahahahah..panggilan yg aq trima semasa melawat rumh boss tdak mengecewakan aq..Imra menunggu aq d hadpan hotel semata2 ingin menemui sahabat tercinta nya ini..hahahahahaahah

Life aq begitu trisi..jiwa aq tdak kosong..bermacam prkra yg kami bncangkan..bualkan.seperti selalu. Masing2 bercerita tentang keadaan dri masing2 tika meluangkan masa. Aq senang bercerita dn meluahkan apa yg terpendam d hati ini kepada imra..dia memahami jiwa polos aq ni sejak kami bertemu dulu. Pertemuan pertma kali d dewan pelajar semasa sesi orientasi pelajar tingkatan 1..hahahahahahah..aq dn aisya gelakakan dia coz bawak handset dlam sekolah..aq ktawakan dia tpi dri sendri pn bawak..yg plik nyer imra x segan nk direct jawab call tuh dlm dewan...tuh yg buat kami gelak sakan..hahahahahahahhaha..sory beloved fwenz..msa tuh kitaorg nakal2 mnja jer..hahhahaha..

Pertemuan pertama kali itu juga lah yg menyatukan hubungan persahabatan antara aq dengan dia..Imra sentiasa memahami keperluan kehidupan aq..termsuk kesihatan dri aq hingga kini. Terima kasih im..awak dh buktikn pada saya..sukar mencri sahabat yg d katakn permata paling bernilai itu..syukur ya allah..

Tetapi semua tuh bukan hanya berlalu sahaja...perkenalan aq dengan farah menjadi satu lagi titik permulaan utk aq menemui lagi sahabat baru..sahabat yg sentiasa berada di samping sahabat nya..Allah maha berkuasa..selain farah..aq juga berkenalan dengan seorang lagi hamba allah yg amat..amat..amt berharga dri nya..selalu menjaga persahabatan itu..juga sahabat nya..walaupn tempoh perkenalan yg begitu singkat..aq terima ketentuan Ilahi..dia juga adalah sahabat dunia akhirat aq.

Perkenalan kami trlalu singkat...ini semua kerana farah..kerna frah aq d temukan dengan dia. Pada mula aq hnya nak main2 jer gn dia..sjer nk gula2 mnah nih..tetapi semua itu terbalik..songsang lah senang kata..Sayang tuh mula tercpta..rasa cinta kepada teman tuh mula bercambah. Dia terlalu mengambil berat mengnai hal dri aq..makn..minum aq..kesihatan aq..sakit dan juga pening aq...Dia sentiasa fkir aq adalah segala2..sahabat yg x prnah di impikan.. Inilah sifat semula jadi aq..selalu membuatkn org selesa dengan perlakuan aq..tutur kata aq..layanan aq terhadap mereka..Mungkin juga dia jatuh hati dengn sikap aq yg sebegitu..hahahhahhahhah..awak sentiasa membuat saya tersnyum sendri.. :). Apa yang aq tahu dlu dia x suka kan aq..cara aq mcam budk sombonk.hahaahhahahaha..aq ktawa bila mendgr pengakuan jujur dia tuh..Saya bukn mcm tuh lah awk.hehehehehehhe...Boleh tahan cemburukan kakak nya yg melayani aq makn. Macam someone special larh katakan..Jeles dengan kak sendri..hahahahahaha..lawakkk lawakkkk

29.9.2012 satu trikh yg amat bemkna dlam life dengan dia..segala2 nyer bermula ketika aq cba mengerti siapakah gerangan dia dalam life aq..pentingkah..berhargakah..or what????..Secara jujur nya..betapa engkau berharga dalam hidup aq. Persahabatan kita xkan dapat d nilai dengan wang ringgit..hanya nyawa pengganti segala2 nyer... Terima kasih kerna terima aq dengan seada nya. Walaupn byk kekurangan dalam dri saya pada pndangan mata awak..

Sehingga kini dia masih lagi sabar dengan karenah kebudak-budakan aq. Dia sentiasa berada d sisi aq walau dlam apa jua keadaan. Tetapi..awak..sya xkan biarkn awk menanggung kesakitan..Ini semua akan lebih menyusahkn dia. Biarlah kesakitan itu aq tanggung sendrian.

Apa yang boleh akau katakan sekarang ini..segala2 nya utk dri dia...aq cba sedaya upaya aq utk membahagiakan dia..mengembirakan hati nya..selalu membuatkan dia tersnyum dengan karenah dri aq ini. Setiap aq menyatakan kepada dia bahaw aq mata meyayangi dia..aq nak dia tahu aq sayang kan dia..
awak..saya x brmkna nk melukakan hati awk hri ini. Keratan tulisan tuh mmg silap saya..saya lupa nk mnympan nya. tpi x bermkna bila tiada nama awk dalm note kecik itu..sya x sayangkn awk..segala2 kisah hidup kita berdua ada dalam diari hti ni..dia seperti menganggap dri nya x d sayangi...Mengapa berfikiran sebegitu. Aq sentiasa da utk dri nya..ingat lah awak. sahabat awk nih sentiasa ada untuk awk..msa saya hanya utk awk..segala2 yer awk.

kIsAH LuCu ^ _^ tErJAdI..HehHEHheh..:)

Kisah lucu yang ingin aq kongikan pada kali ni bila...buat pertama kali dalam life aq kna sengat degn tebuan tanah. Paling lucu nya kna sengat masa atas motor but. mmg sakit giler larh. Rasa nak meraung jugak time tuh..tetapi d sebabkan tahap kesabaran yang tinggi aq diam jer. Ini semua gara2 kedegiln aq nak juga ambil mangga yang tertinggal kat rumh Farah N aida....hissshihhhhhh degil betul aq nih. Mungkin itu dh ketentuan aq nak kna sengat degn tebuan. Sengatan prtma itu juga yang membuat segala kerja aq tak menjadi...aduisss aiiiii tuhan jer lah yg tahu cm ner sakit yang aq tanggung tuh,... Pada mula nya aq x mengendahkan bengkak tangan tuh...aq buat macam biasa jer..tetapi lama kelamaan suhu badan aq mula bertukar. Perhhhhhhhh mmg sedap larh...boleh pulaq kebetulan nak kuar lunch date degn farah..Farah mula jadi x senang duduk d buat nya. Wajah kerisauan nya mula terpancar bila melihat keadaan dri aq yang x begitu stabil..aq kesian gak tngok dia. Terlalu risaukan aq pada masa tuh.. Round cri klinik yg bukk msa tuh...boleh pulaq close..mnax nyer hri minggu kn..Rasakan koiii emy..hehehehehehehehhe...

Aq tiada jalan lain selain call abg umr utk bawak aq ker hospital. Errrmmm masa tuh aq x byk masa dh.ptg nak msuk kjer. Sampai sajer depan bilik kecemasan tuh aq trus d berikan rawatan. Walaupn dh biasa kna injection tpi sikap kebudak-budakan tuh tetap ada. Hahahahahaha aq sebenar nya x suka mkn ubt inikan injection..emyy..emyy..emyy dri kecil hingga besar x ubah2 sikap budk2 tuh. Masa rawatan aq d kenakan 4 kali injection..lebih kurg ubt utk mengurangkan bisa sengatan itu..hurmmmm -bla dh kna cuck..amboiiiiiii meraung mcam budk kcik aq...doktor mmbiarkn aq rest buat sementara waktu. So tertidur sehingga kan nurse yg jaga aq fikir..aq ni kategori tidor or else..jenggjenggjenggg..hahahhhaha tenang jer aq tdur..hahahhaha

Aq bersyukur coz dpat balik awal sikit msa hri tuh. Mnager and supervisor aq beri pelepasan kjer half dy..syukur boleh berehat sikit..hurmmmmm msa yg ada tuh aq berehat jer larh..aq balik ke rumh farah.hari tu mak and abah x da. So aq teman budk berdua nih tidor. Nasib baik ada aida yang ambil berat mengenai kesihatan aq..hurmmmm sakit..sakit..tdor aq x tetap coz bengkak kt tngan mula kebah.hurmmmmm dh nasib badn aq kna msa tuh..hadap jer larh sakit tu..huhuhuhuhuhu:( :(...TRima kasih d ats segala nyer..semoga hubungan persahabatan kita kekal hingga hujung nyawa sya serta juga awk.

Wednesday, December 19, 2012

Hargailah org yg kita miliki.

hargailah orang yang kita miliki. Ucapan yang sukar untuk d ungkapkan. Setiap manusia mempunyai naluri untuk menghargai seseorang itu. Bagaimana untuk membalas pengorbanan , kesetiaan , kejujuran seseorang itu.. Begitu jua dengan diri aq kini..mempunyai ramai yg amat menyayagi dri aq..Keluarga aq , kawan2 aq , sahabat tercinta aq. Aq x sangka dri aq ni amat d hargai..tetapi sejauh mna aq menghargai mereka pula.. Tidak semua manusia d dunia ini tahu apa itu 'hargai'???sukar d perkata kan..sukar  juga untuk d rungkai kan.

Bagi diri aq. Aq cukup bahagia dengan keadaan dri aq kini. Biarpn kurang kasih sayang sebuah keluarga bahagia tetapi hidup aq d lengkapi dengan hilai tawa sahabat tercinta , rakan taulan dan juga kwan-kawan. Allah hambamu ini ckup mensyukuri nikmat kebagaiaan yg dikau berikan...terima ksih ya allah..

Kepada sahabat tercinta..mungkin emy ni bukan jnis yg pndai mengeluarkan kata-kata sayang kepada korang semua..tetapi cukuplah dengan perlakuan emy terhadap korang adalah tanda kasih sayang emy..Terima ksih sekali lagi kerna sentiasa berada d samping emy.

Saturday, December 15, 2012

SELMAT ULANG TAHUN SAYANG!!!:)

Selamat ulang tahun syang..tinggal lgi 40 mnit utk aq meraikan hari yg setiap thun d nantikan oleh semua org.ermmm aq tringat semasa kali terakhir aq mnyambutnya.ulangthun yg ke 17. Tika itu aq masih lagi dahagakn kasih syang seorang ayh. Selama aq mmbesar dgn atuk.aq cba merapatkn dri degn ayh. Ternyata kasih syg yg aq dhagakn itu hnya semntara. Trima kasih ayh di atas pemberian kasih sayang ayh kepada saya. Apa yg sya harapka setiap menjelannya trikh keramat ini. Ayah akn muncul di hadapan emy. Seorang anak yg amat mencintai ayh nya.... Emy sayangkn ayh. Pelbagai cara ayah lakukan untuk sentiasa dekt degn anak2 ayh. Kami semua sayangkan ayh. Segala pemberian hadiah ulang tahun yg ayah berikan sehingga kini emy masih tetap simpan. Semua kenangan antara ayah dan emy..akn tetap emy ingati setiap kali menjelang hari jadi emy. Ayah dan mak telah melahirkan saya di dunia ni. Cinta mak dan ayah membuatkan saya lahir di hadapan mereka semua.

16.12.2012 adalah satu tarikh yang amat bermakna dalam hidup aq. Walaupn tanpa ayh di ssi..emy menghargai nya hingga hayat emy. Tetapi semua ini telah berakhir setelah ayh mnjauhkn dri dari anak perempuan nya sendri. Tika itu aq berasa kecewa...kecewa yg teramat sngat kerna mengapa kehidupan aq tdak sma seperti nak2 org lain. Aq byk menghabiskan masa dgn mendewasakan dri...dalm semua perkara.. Setiap kali tba tarikh itu..emy akn cuba..cuba..dan terus mencuba melupakn. Melupakan tarikh yg telah membuatkan aq terluka jika aq mengingati nya.

Kehadiran sahabat yg tercinta mmbuatkn hidup aq tidk kesunyian..seolah2 terisi kekosongan aq. Hati ini milik Allah..hingga akhir hayat aq..ianya tetap mlik Allah Yang Maha Esa. Sukar juga membuat org sekeliling menerima keadaan dri kita yg sebenar. Inilah yg terjadi kepada dri aq...aq redha Ya Allah..ni ujian bagi driku.

Selamat hari jadi emy yg ke 22. Semoga aq di berikan kekuatan. Diberikan hidayh serta ptunjuk mu Ya Allah. Nikmat kehidupan yang dikau berikan amat terindah sekali Ya Allah..aminnnn ya rab..
Kepada keluarga tercinta..salam sayang yg x terhingga dri emy. Emy sayangkn keluarga kita dan sentiasa berhrap kasih sayng yg dlu akan bertaut kembali.

Kepada sahabat tercinta..Terima ksih di atas segala nya. Kasih sayang awk kepada saya hanya Allah sahaja yang membalas nya..begitu juga kasih sayang saya terhadap awk. Cinta seorang sahabat akan tetap kekal abadi...hingga hujung nyawa sya. Maafkn saya sekiranya pernah melukakan hati awak. terimalah saya dengan seadanya sekiranya masih mencintai hubungan seorang sahabat tuh amat bermakna. 

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG_161290....

Tuesday, November 13, 2012

NILAI SEBUAH PERSHABATAN

Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati. Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi. Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan. Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan. Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah.. Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!" Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam. Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata". Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan" Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya. “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati? Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati. Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda? Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini. "Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku" Ciri-ciri sahabat yang sejati Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan. Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu. Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia. Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan. Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri) Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.

Monday, January 24, 2011

lonely

emmm minggu aq dok rumah jer..xde prkra or anything yg aq nak buat..
main dgn kiran..kesihtan aq juga semkin baik..ya lah...mna x nyer..ikut jer rules mkan ubt..byk kan berehat.aq pun dh mula mendri kan solat..sebelum2 ni..aq x berkeadaan mcm dlu..emy yang dlu dh lma mati..
life x kn sma mcm yg dlu..aq dh khilangan segala2 nya but aq bangkit menjadi dri aq yg lain...

penykit rhsia aq kni msih aq rhsiakan..aq mnjauhkan dri aq pda yg lain untuk semntara waktu.sekdar untuk berubat sahaja.aq pun x sedar knape perkara sebegini berlaku kpada aq..a redha..yg pelik nya..setiap kli senja..aq nak tdo..n pling pnting sekali aq kni mudah mrah dan rsa mcm nak terkam org jer..
myb tuh perasaan aq agak nyer..
rindu betul aq kat bdak2 ni..
lagi2 bibik,alang n family..rindu nak dengar mak berleter..huhuhuuhu..aq pun buzy wat msa ni..ada msa aq balik lar..insyallah..
too imra..thank to give ur spirit.rindu sgt2 nak jmpa die..but skunk die kat perak..kami dh berjnji nak continue study sma2..yg kami rsaukan cma aisya.entah mcm mna life die..aq rsaukan die..aq akn tnaikan jnji aq untuk hntar die bljar.cma but msa ni aq tnggalkan die..bkan bermksud aq bncikan...maafkan aq aisya..
to bibik n alang..miss u so much..

MISS U TO NORUL IZWANI

Wednesday, January 12, 2011

nilai sebuah persahabatan

Ketika denyut nadiku tersekat..
madahmu mengalir di segenap ruang jiwa
menghela nafasku...
ketika hembusan angin terhenti...
dan ketika aku terasa hangat
bicara mu menyejukkan
ketika aku dalam kesamaran
suara hati mu memberi warna dan makna
tapi.....

ketika bicara mu tiada
pilu ku dalam kebekuan
tumpahlah air mataku
yang sarat dengan gelora yang membara
satu misteri yang tak pernah terungkap
kerana sinar mata tajam menyimpan rahsia
sampai waktu juga yang mampu mengurai
bila masaku dihentikan....

Kelmarin...
entah bila ku kenali diri mu
berseloka...
berbicara
hati terasa..
bicara mu
puisi mu
pantun mu
pengubat rindu...
di kala mendung selubung hariku
ada mentari menyelinap di jendela hati
terima kasih teman
kerana sudi menyentuh hati
mengisi hari-hari nan sunyi
walau sekadar di alam fantasi.....
besok2 yang belum tentu pastinya

ku berdoa
moga persahabatan yang kita bina
akan kekal nyata...
Sesungguhnya amat terharu...
bicara yang pilu
siapa sangka pertemuan dulu
sendamu penghibur duka ku
saat itu...
madahmu dilayur mendayu-dayu
membuat hati terpaku
membuat hati merindu
sekian lama menunggu
menyapa aku malu
seketika madah berhenti mendayu
hati berani bertamu
lalu bermulalah irama
untuk sebuah lagu....
kini....

ucap terima kasih itu
ku pulang kembali
kerana tidak layak ku mengerti
tiada apa yang ku beri
untuk itu tidak perlu ucap terima kasih
tapi seketika ucap itu tulus
aku hargai..
kerana apa yang kita kongsi
amat ikhlas sekali...!!!

Melewati hari-hari yang berlalu..
tanpa teman di sisi
sunyi diri
sepi hati
jiwa terasa
rindu membara
bagai nakhoda di tengah laut rindu
menuju pelabuhan nann satu
tika gelora itu membuak ganas
kapal kecil itu karam
tangan mengapai-gapai
memohon bantuan
di saat itu
ada tangan menyambut
ikatan terbina
senyum dan tawa
sepi pun pergi
seri kembali
namun ku sedar
perjalanan ke pelabuhan masih jauh
dan satu hari
bila sampai ke destinasi.....

di akhir pelayaran itu
kasihan bertukar kasih
sayu bertukar sayang
jiwa bergelora sekuat badai samudra
Antara Nyata dan Maya..
bagaimana seharusnya..
ikatan selama terbina..
bagaimana akhirnya..
pabila kapal berlabuh di pelabuhan?????
Semalam....
aku insan yang menyepi
duduk di atas bara kehampaan
kerana nyanyian kasihmu teman....
terhenti iramanya
lalu....
langkah-langkah bersama sendu..
membawanya tiba ke pantai sendu
di situ
kulihat ada huluran tangan yang mengapai
menyambutnya aku malu...
membiarkan kau pilu...
dalam diam...
kau merenung dalam
lama dihayati...

akhirnya kau terjun
menyelami bumi laut
untuk mencapai gapaian itu
ingin sekali ku genggamnya
namun aku tidak terdaya...
Ada salammu yang datang
menghulur wanginya untuk ku
ingin manjengah hati seorang teman
persis air bersih
yang baru turun dari perdunya
datangmu...

meniup serunai malam
mengerti pula rentak hatiku
pandai menyusun kata

setangkai bunga
di bawah pohon rendang
terpinggir tidurku
yang terganggusecalit pilu...
meretakkan seri bulan
setitik sendu
diterik bahang mentari
tersentuh di hati
lalu berdarah semula
kerana luka lalu belum sembuh
sehingga kini....
dan akan terus mengalir darah
moga tiada gempita
lorong depan mu
hanya doa manis
dapat ku kirimkan
dalam sayu ingatan dan kenangan
meniti biangla kehidupan...
Apalah yang dapat dikata..
tiada kata seindah madah...
temann..

sedarku dari lamunan rindu
di pantai hati mu
di tika fajar menyinsing
sedarku dari mimpi nan pilu
pantai hati aku lukai
oh!... berdosanya diri ini
jahatnya hati ini
oohh!!...
temann...

dipantai hati nan rindu ini
bait-bait puisi yang tersusun
madah-madah yang ku alun
gurindam yang ku sulam
membangkit kenangan silam
lalu luka kembali berdarahan
maafkan daku teman
menumpang bicara rindu di pantai hatimu
menumpang lukisan hati di pesisiranmu
sungguh tiada maksudku
merusuh pantai yang damai ini
dengan ombak amuk badai rinduku
sesungguhnya teman
dikaulah tempat ku mengadu
sayangnya
pabila rinduku berlagu sendu
madah yang ku gubah
pantun yang kualun
puisi yang ku pateri
gurindam yang ku sulam
ada jiwa yang menangis
ada hati yang terguris
ada luka kembali terhiris...
oh!... biarlah kapal ini...
beredar dari pelabuhan hati
biarlah berlalu pergi
jika kehadiran hanya melukakan pantai hati
yang sungguh suci murni
yang sungguh ku sanjungi ku SAYANGI
biarlah kapal ini membelah badai samudra rindu tiada haluan
biarlah tangan mengapai sendirian
biarlah...
oh!... di manakah
dapat ku cari teman...
Temann seperbicara..
(mampukah daku belayar sendirian mengharung badai samudra)

namun...

segala kenangan bersama
bisikkan bicaramu
canda nan mesra mu
rindu yang bertamu
akan ku kenang selalu
kan ku bawa ke alam mimpi ku
biar patah layar sendu ku
biar patah dayung pilu ku
ku harung tentu
biar ombak badai lemas menghempas

biarlah...

untuk melukakanmu bukan niatku..
namun kenangan bersama tak mungkin ku lupa
untuk itu ku ucap terima kasih
terima kasih teman
mengizinkan daku singgah di pantai hati mu
bermain dengan ombak seri mu
mendengar desir bayu mu
bercanda di pasir putih mu
berseloka dengan camarmu
sesungguhnya teman
daku gembira di samping mu
sekali lagi teman
pengemis rindu ini meminta maaf
kiranya ketika di pantai ini
kurang adabku
salah tingkah ku
lalu candaku menguris hati mu
namun teman...
sepanjang di pantai ini..
aku sungguh gembira
oh!... kalaulah aku sang camar..
yang saban hari
mengunjungi...
pantai hati mu...

Temannn...
oohh!...kejamnya aku ini..
sehingga membuat orang lain rasa berdosa

patah dayung pilu mu
ada dayung lain menanti
sedang patahnya dayung rinduku
akan karamlah aku dilambung badai
ketika ku sahut lagu rindu mu
pantai kita sering diamuk rindu..
tapi pantai aku tidak berpelabuhan
sedangkan kapal mu akan belayar
dan akan tiba ke pelabuhannya nanti

temannn...

pantun mu...madah mu...gurindam mu...
dan tutur suara hati mu
akan menjadi bekalan rinduku yang sepi kelak
mampukan aku mengharung semua itu..??
mampukah aku menyusur pantai ku ini..?
aduuuhhh!!.. akan bersimbahlah air mata
di pesisir pantai ku
akan bermandilah lautan biru itu
dengan darah rindu ku...
yang tumpah keluhan rasa seorang perempuan
lukisan rindu yang kita lakar di pesisir pantai
akan tetap ku jaga tidak ku rela dihakis gelora laut
bicara rindu kita akan ku sangkut pada dedaun di pohon
bila angin berhembus nanti
dedaun akan bergoyang mengalun irama
dan berbisiklah kepada mu...
getaran rindu kita yang dijarakkan oleh keadaan
dan dedaun yang gugur...
akan ku kutip
dan ku simpan di saku memori
sesungguhnya temannn...

aku kini menjadi penghitung masa
membilang hari-hari pelayaran sebuah kapal..
yang akan meninggalkan pantai ini
untuk menuju ke pelabuhan yang tetap
teman...
usah persalahkan diri mu
pasrahlah kepada keadaan..
aku sebenarnya tidak menyalahkan sesiapa
canda mu nan mesra..
bersatu dalam rindu..
bertamu dalam diri..
terima kasih juga buat temannn..
kerana mengizinkan aku
bermanja dengan madah bicara mu
berkhayal dengan puisi mu
dan lena bersama mimpi mu
sesungguhnya gembira mu..
adalah kerana ceria mu
terima kasih juga
kerana membiarkan ketukan ku
terus berlagu di pintu mu
maafkan aku temann..
kerana membiarkan air mata ini menitis..
tidak ku hirau jiwa ku menangis
tidak ku endah sukma ku terhiris..
segenggam duka ini
sebenarnya adalah mahu ku
maafkan aku temannn...
kuntum-kuntum nasihat yang kau sembah
tetap ku hargai...

akan ku buat pembalut harapan ini
andai kapal itu tidak lagi berpatah
ke pengkalan ini...
sekali aku mohon maaf..
kesilapan yang teranyam..
sebenarnya adalah kehendak takdir
jangan pula pengertian temannn itu
umpama retak menanti belah..
sesungguhnya...
pengertian seorang 'teman'...
adalah lebih murni dari seorang 'kekasih'..

Terima kasih kerana pernah menganggap aku sebagai Temanmu...